suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JPJ Kelantan Nafi Nombor Pendaftaran DBQ 1 Milik Pemangku Raja Kelantan

KOTA BARU: Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Abdul Ghani Che Kassim menafikan mengeluarkan kenyataan kepada mana-mana media semalam bahawa Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra telah berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1".

Beliau menjelaskan sehingga ini nombor pendaftaran berkenaan masih berada dalam pemilikan JPJ Kelantan.

Beliau mengulas laporan akhbar The New Straits Times semalam yang memetik Abdul Ghani sebagai berkata Pemangku Raja Kelantan berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1" pada harga RM145,000.

"Dengan penjelasan ini, laporan dalam akhbar berkenaan adalah tidak benar sama sekali," katanya kepada Bernama di sini Ahad.

Beliau berkata siri nombor pendaftaran kenderaan DBQ 1 telah ditawarkan melalui sistem tender terbuka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain