45 Wanita Warganegara Asing Bekerja Sebagai GRO Ditahan - Semasa | mStar

45 Wanita Warganegara Asing Bekerja Sebagai GRO Ditahan

IPOH: Empat puluh lima wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di tiga buah pusat hiburan di Manjung dekat sini dua hari lpeas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, mereka terdiri daripada 37 warganegara Vietnam dan lapan rakyat China yang kesemuanya berusia antara 18 dan 40 tahun.

"Serbuan itu dilakukan serentak melibatkan 37 anggota dan pegawai dari cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Kontinjen Perak, hasil maklumat orang ramai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Siasatan mendapati kesemua wanita berkenaan menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai GRO, katanya.

Mohd Dzuraidi berkata, polis turut menahan tiga lelaki rakyat tempatan berusia dalam lingkungan 30an atas kesalahan membenarkan warga asing bekerja tanpa permit yang sah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Imigresen 1959/63 dan kesemua wanita itu diserah kepada Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

RMK10 - Guru

default image

SPRM Masih Siasat PKFZ

Lebih Artikel