suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

29 Lagi Kes Positif H1N1

KUALA LUMPUR: Sejumlah 29 kes disahkan positif Influenza A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara sehingga petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes adalah 14,692. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd Ismail Merican berkata, tiga laporan kejadian kluster penyakit serupa Influenza (ILI) telah dilaporkan di Selangor.

"Jumlah kes ILI yang masih dirawat di wad seluruh negara adalah sebanyak 569 kes dan daripada jumlah tersebut 74 kes (13 peratus) telah disahkan positif H1N1," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat lima kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan kesemuanya mempunyai risiko H1N1 dan tiada laporan kematian diterima menjadikan jumlah terkumpul kematian H1N1 kekal 86 orang.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan virus H1N1 seperti fasiliti kesihatan kerajaan yang menyediakan kemudahan pelalian kepada kumpulan berisiko serta langkah-langkah pencegahan boleh melayari laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300. - BERNAMA

Artikel Lain