suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zaid Fail Petisyen Cabar Keputusan Pilihan Raya Hulu Selangor

PETALING JAYA: Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya berkenaan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,725.

Petisyen berkenaan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam di bawah Seksyen 32(a) dan 32 (c) Akta Kesalahan pilihan Raya 1954.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah pada pilihan raya berkenaan.

Pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu yang lalu, calon BN, P. Kamalanathan berjaya memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid yang memperoleh 23,272 undi.

[BERITA LANJUT SELEPAS INI]

Artikel Lain