suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Rakyat Afghanistan Cuba Seludup Keluar Dari Malaysia Ditahan

JOHOR BAHARU: Sepuluh pandatang tanpa izin rakyat Afghanistan ditahan di sebuah pulau terpencil di perairan Pengerang awal pagi ini ketika cuba menyusup keluar dari negara ini menuju ke Indonesia.

Komander Markas Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua Johor ACP Khamsani Abdul Rahman berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi di Pulau Malang Berdaun, Pengerang.

"Warga Afganistan yang ditinggalkan oleh bot penyeludup selepas dikejar pihak berkuasa itu berumur di antara 15 dan 50 tahun dan dipercayai cuba menyusup ke Indonesia sebelum pergi ke negara ketiga," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua rakyat Afghanistan itu kemudiannya di bawa ke Balai Polis Sungai Rengit dan diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

Khamsani berkata kes itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1953/1967 iaitu tiada dokumen penjalanan yang sah dan keluar masuk ke Malaysia melalui pengkalan yang tidak diwartakan serta membawa pendatang tanpa izin secara haram. - BERNAMA

Artikel Lain