suria

215 Laporan Diterima, 37 Ditahan Sepanjang PRK Hulu Selangor

HULU SELANGOR: Polis menerima sebanyak 215 laporan dan menahan 37 orang sepanjang tempoh pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata mereka termasuk tiga wanita yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 40an telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Bagaimanapun polis akan meneruskan siasatan terhadap laporan yang dibuat, katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini malam ini, secara keseluruhannya, pilihan raya kecil itu berjalan dengan lancar dan terkawal tanpa melibatkan insiden besar di semua pusat pengundian di daerah ini.

"Kita memang bersedia dengan apa jua kemungkinan kerana ini bukan pilihan raya kecil pertama yang kita hadapi," katanya.

"Penghargaan juga harus diberikan kepada semua penyokong parti yang bertanding kerana memberikan kerjasama serta terima kasih kepada anggota dan pegawai polis yang bersemangat dan berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain