KPDNKK P.Pinang Rampas 27 Komputer Mengandungi Perisian Cetak Rompak - Semasa | mStar

KPDNKK P.Pinang Rampas 27 Komputer Mengandungi Perisian Cetak Rompak

PULAU PINANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang merampas 27 unit komputer peribadi yang didapati mengandungi tiga perisian cetak rompak dalam satu serbuan di sebuah kafe siber di Jelutong di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Negeri, M.Guna Selan berkata bertindak atas intipan, sepasukan penguatkuasanya menyerbu kafe siber itu pada 1 tengah hari semalam dan membuat pemeriksaan terhadap komputer peribadi dalam premis berkenaan.

"Premis itu telah dipantau selama dua bulan dan komputer milik syarikat itu didapati menggunakan salinan cetak rompak karya-karya Microsoft iaitu Microsoft Window 2003 dan Microsoft Window XP Profesional yang bernilai lebih RM130,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata KPDNKK turut menahan dua orang iaitu lelaki berusia 19 tahun dan wanita berusia 42 tahun bagi membantu siasatan.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 41 (1), Akta Hak Cipta 1987 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 bagi setiap satu salinan dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Krisis Istana Kelantan Terus Meruncing

Artikel Berkaitan

Artikel Lain