suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amran Dakwa Belum Terima Surat Pemecatan Dari Umno

TANAH MERAH: Bekas Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Amran Abdul Rahman mendakwa beliau belum menerima sebarang surat mengenai pemecatannya sebagai anggota Umno daripada ibu pejabat parti itu, dan menggangap dirinya masih anggota Umno yang sah dan boleh melakukan apa sahaja tindakan sebagai seorang anggota parti.

"Setakat ini, saya belum menerima apa-apa surat rasmi (mengenai pemecatan keanggotaannya) daripada ibu pejabat Umno dan saya hanya tahu melalui laporan berita semalam," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai keahliannya digugurkan setelah membawa perkara parti ke mahkamah dalam saman pemula terhadap Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Umno Bahagian, Baharuddin Yusof.

Semalam Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail berkata, beliau menerima surat pengesahan daripada ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur yang ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mengenai pemecatan keahlian Amran.

Amran, 46, berkata bahawa daripada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 25 Februari lepas tidak disebut mengenai pemecatan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain