suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajaran Sesat: IPT Diarah Bekerjasama Dengan Jabatan Agama

PASIR GUDANG: pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa agama di setiap negeri bagi membendung aktiviti ajaran sesat di institusi masing-masing.

Arahan itu dibuat berikutan laporan media baru-baru ini mengenai ajaran sesat yang diamalkan oleh sekumpulan pelajar yang membenarkan perkahwinan tanpa melalui proses nikah biasa sehingga menyebabkan seorang pelajar mengandung tujuh bulan.

"Jika laporan itu benar pihak institusi awam dan swasta di negara ini mesti bekerjasama dengan pihak jabatan agama untuk menyiasat perkara tersebut sebelum sebarang tindakan diambil," kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar Usahawan Siswazah Malaysia di Kong Kong, Masai di sini hari ini.

Sementara itu, Khaled menyeru agar institusi kewangan menyokong sebarang program yang melibatkan usahawan siswazah di negara ini.

Beliau berkata kementeriannya berusaha melahirkan lebih ramai siswazah yang melibatkan diri dalam keusahawanan tetapi usaha tersebut tidak akan berjaya tanpa bantuan kewangan daripada institusi kewangan seperti bank-bank komersil. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain