suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

11 Lagi Kematian Pada Hari Ke-13 Ops Sikap

KUALA LUMPUR: Sebelas lagi kematian dicatatkan pada hari ke-13 Ops Sikap ke-21 Jumaat, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya seramai 183 orang sejak operasi itu bermula 7 Feb lepas.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli dalam satu kenyataan pada Sabtu, berkata pengguna motosikal mencatatkan enam kematian semalam manakala empat kematian melibatkan pengguna kereta dan satu lori.

Jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi dengan 379 kes diikuti jalan persekutuan (170 kes), jalan negeri (156 kes), lebuh raya (51 kes) dan jalan-jalan lain (50 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 806 kes.

Sebanyak 10,034 saman dikeluarkan semalam bagi pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-21 dilancarkan sempena Tahun Baru Cina yang akan berakhir esok.

Artikel Berikut

Artikel Lain