suria

12 Lagi Kematian Pada Hari Ke-14 Ops Sikap

KUALA LUMPUR: Dua belas lagi kematian dicatat pada hari ke-14 Ops Sikap ke-21 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya seramai 195 orang sejak operasi itu bermula 7 Feb lepas.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli dalam kenyataan hari ini berkata pengguna motosikal mencatat sembilan kematian dan masing-masing satu melibatkan pengguna lori, kereta dan pacuan empat roda.

Jalan bandaran mencatat jumlah kemalangan paling tinggi dengan 393 kes diikuti jalan persekutuan (207 kes), jalan negeri (146 kes), lebuh raya (64 kes) dan jalan-jalan lain (37 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 847 kes.

Sebanyak 5,586 saman dikeluarkan semalam untuk pelbagai kesalahan trafik. Ops Sikap ke-21 dilancarkan sempena Tahun Baru Cina dan akan berakhir hari ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain