suria

Empat Lelaki Indonesia Ditahan Reman Berhubung Kes Pembunuhan Suri Rumah

KUALA LUMPUR: Empat lelaki warga Indonesia ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 23 Feb ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang suri rumah warga Indonesia yang ditemui mati di sebuah rumah sewa di Kampung Selayang Indah, 3 Feb lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata empat lelaki berumur antara 28 hingga 35 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis di sebuah rumah di Taman Sri Murni, Jalan Ipoh dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

"Tiga daripada empat lelaki itu bekerja sebagai pembantu di pasar borong manakala seorang lagi tidak bekerja.

"Kami percaya dengan penahanan mereka ini kes dianggap selesai," katanya kepada Bernama yang dihantar menerusi SMS di sini hari ini.

Sulastari, 50, ditemui oleh suaminya, Saibun, 41, dalam keadaan tertiarap, dengan kaki dan tangannya diikat dengan langsir, manakala bahagian leher dililit dengan kain selimut.

Saibun yang bekerja sebagai buruh di sebuah pasar borong, menjumpai mayat isterinya itu pada kira-kira pukul 8 pagi selepas pulang dari kerja. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

Artikel Berikut

Artikel Lain