suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Ditetak

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut akibat ditetak oleh seorang daripada empat lelaki yang menyerangnya berhampiran sebuah kedai makan di Kampung Baru, Sungai Buloh di sini awal hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 1.30 pagi itu, Lee Yong Lai, 44, yang cedera parah di beberapa bahagian badan termasuk kepala, muka dan tangan, mati di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Mohd Shukor Sulong berkata, kejadian dilapor berlaku ketika Lee baru baru keluar dari kedai makan itu.

"Empat lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna silver itu menghampiri mangsa dan terus menyerangnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata tiada senjata ditemui di tempat kejadian.

Shukor berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali keempatempat suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain