suria

KPDNKK Kedah Tahan Lelaki Thailand Cuba Seludup Diesel

ALOR SETAR: Bahagian penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah mengagalkan cubaan menyeludup keluar minyak diesel menggunakan kereta pikap yang telah diubahsuai oleh seorang lelaki rakyat Thailand ke negara itu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Kedah, Suhaimi Mat Sari berkata suspek yang berusia 60 tahun itu ditahan ketika cuba meninggalkan stesen minyak di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam selepas menyedari kehadiran anggotanya dalam operasi kira-kira pukul 10 malam.

"Pemeriksaan mendapati kenderaan pikap itu telah diubahsuai dengan empat buah tangki tambahan dipasang pada bahagian bawah kenderaan itu.

Kenderaan itu hanya mempunyai sebuah tangki sahaja yang boleh mengisi minyak sebanyak 200 liter sahaja," katanya di sini hari ini.

Suhaimi memberitahu pemeriksaan juga mendapati setiap tangki terbabit berkapasiti 300 liter dan jika keempat-empat itu sempat diisi suspek, sejumlah 1,200 liter minyak diesel akan diseludup keluar.

Lelaki itu kini ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain