suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

140 Pelajar Tamatkan Kem Jejak Kerjaya UTP, Petrosains

SERI ISKANDAR: Seramai 140 pelajar dari skim rancangan Felda seluruh negara hari ini menamatkan program Kem Jejak Kerjaya dalam bidang sains dan teknologi terutamanya di dalam industri minyak dan gas.

Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim berkata, program itu memberi peluang kepada peserta berinteraksi dan menimba pengalaman para profesional Petronas dan penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP).

"Selain itu, program ini bertujuan mempromosi prinsip S.T.E.M (Science, Technology, Engineering dan Mathematic) melalui pendekatan Petrosains "Handson, Mindson, Heartson" melalui pendekatan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan," katanya ketika berucap di majlis penutup program itu di Kompleks Canselor, UTP di sini.

Seramai 70 pelajar lelaki dan 70 perempuan Tingkat 4 yang menuntut dalam aliran Sains mengikuti kursus anjuran UTP dan Petrosains Sdn Bhd selama empat hari sejak 13 Dis.

Tengku Nasariah berkata pada tahun ini, program Kembara Kerjaya anjuran Petrosains menjelajah lapan buah daerah dan negeri di Malaysia.

"Objektif program ini serba sedikit membantu merealisasikan hasrat kerajaan dan Kementerian Pelajaran untuk menambah minat pelajar terhadap sains dan teknologi dan seterusnya meningkatkan nisbah jumlah pelajar sains dan sastera kepada 60:40," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditemui Mati Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain