suria

Datuk Abas Salleh, Bekas KP Penerangan Meninggal Dunia

Gambar Fail: (Dari kiri) Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ibrahim Saad, Datuk Tan Chai dan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Abas Salleh dan S.S Huang dari Plaza Phoenix.

MUAR: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Abas Salleh meninggal dunia secara mengejut di rumahnya di Jalan Yahya, Parit Perupok di sini malam semalam.

Menurut Fazli, anak kedua Allahyarham, bapanya tiba-tiba rebah dan mengalami kesukaran untuk bernafas kira-kira 7 malam sebelum meninggal dunia 15 minit kemudian.

"Keluarga kami tidak sempat membawanya ke hospital," katanya kepada Bernama di sini. Abas, 64, bersara sebagai Ketua Pengarah Penerangan pada tahun 2002.

Jenazahnya selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kampungnya tengah hari ini. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Yom Ahmad dan empat anak lelaki berusia antara 23 dan 36 tahun.

Anak sulungnya Dr Adly Ariff, 36, kini bekerja di Perth, Australia; Fazli, 32, pensyarah di Universiti Multimedia Melaka; Amry Amin, 31, bertugas di Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia di Bangi, Selangor; dan Hasmy Iman, 23, sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang teknologi maklumat. BERNAMA

Artikel Lain