suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

33 Ekor Lembu Ditumbangkan Sempena Hari Raya Korban Di Dungun

DUNGUN: Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, buat julung kalinya ibadah korban melibatkan sejumlah 33 ekor lembu diadakan di kawasan Parlimen Dungun, hari ini.

Anggota Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh berkata lembu-lembu korban bernilai lebih RM60,000 itu disumbangkan oleh individu dan juga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah),

Seramai 28 penyembelih dan hampir 100 tukang lapah ditugaskan untuk tujuan itu dengan penyembelihan lembu korban dilakukan di beberapa buah kampung dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya dagingdaging berkenaan akan diagihkan kepada 2,500 orang fakir miskin yang ada dalam kawasan Parlimen Dungun. BERNAMA

Artikel Lain