suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tony Fernandes menang 'Anugerah CEO Syarikat Penerbangan 2009'

KUALA LUMPUR: Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Bhd, Datuk Seri Tony Fernandes, telah dinamakan "CEO Syarikat Penerbangan 2009" oleh majalah Jane's Transport Finance di London kelmarin.

Dalam kenyataan semalam, syarikat itu berkata anugerah itu diserahkan kepada Fernandes kerana telah memacu AirAsia menjadi penerbangan kos rendah terbaik dunia dan yang terbesar di Asia.

"Di bawah kepimpinan Fernandes, AirAsia telah menerbangkan lebih 75 juta penumpang dalam tempoh kurang lapan tahun," katanya.

Fernandes menganggap kemenangannya itu adalah hasil kerja kuat pekerjanya serta budaya inovasi Air Asia.

"Saya mencapai tahap ini dengan sokongan pekerja saya yang memberi semangat kepada saya serta budaya inovasi kami di tempat kerja.

"Kami telah samasama membangunkan AirAsia, dengan semua orang berkongsi idea, mencari jalan untuk meningkatkan kecekapan, meningkatkan perkhidmatan dengan penggunaan teknologi dan sentuhan peribadi, dan memasarkan jenama kami dengan agresif," katanya.

Majalan Jane's Transport Finance dari UK adalah pembekal maklumat pasaran dan penyelesaian bersepadu kepada sektor pengangkutan, keselamatan awam, pertahanan, keselamatan dan undang-undang.

Penerbitan itu memberikan anugerah tahunan kepada mereka yang cemerlang dalam sektor penerbangan, lapangan terbang, keretapi, jalanraya dan perkapalan. BERNAMA

Artikel Lain