suria

Trafik sibuk tetapi bergerak di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)

KUALA LUMPUR: Trafik sepanjang Lebuhraya UtaraSelatan (Plus) bergerak perlahan dengan kesesakan di beberapa laluan terutama di bahagian utara antara Slim River dan Changkat Jering di Perak pada sebelah pagi ini menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan dirayakan esok.

Seorang jurucakap PLUSLine memberitahu Bernama sehingga 11 pagi, beberapa laluan ke Utara sesak iaitu dari Slim River ke Bidor, Tapah ke Gopeng (kawasan mendaki) dan Jelapang ke Changkat Jering di Perak.

Katanya walaupun terdapat jumlah kenderaan yang banyak, namun trafik masih lagi boleh bergerak secara perlahanlahan dan tiada kemalangan dilaporkan.

Jutaan warga kota mula balik kampung sejak Khamis lepas.

Beliau berkata pengguna yang ingin mengetahui maklumat trafik semasa boleh menghubungi Plusline di talian 1800880000 yang beroperasi 24 jam.

Jurucakap Trafik Bukit Aman pula berkata orang ramai yang ingin ke Utara menghala ke Sungai Perak diminta menggunakan jalan alternatif lain selain menggunakan laluan Ipoh ke Taiping di Perak kerana kesesakan teruk berlaku di kawasan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain