suria

Tee Keat sangkal spekulasi letak jawatan

PADU... Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat (tengah) menerima sokongan padu ketika mengadakan lawatan ke Pulau Pinang hari ini. Beliau menyangkal spekulasi bahawa akan menyerahkan kedudukannya kepada Naib Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai. - foto The Star oleh CHIN CHENG YEANG

GEORGE TOWN: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat menolak spekulasi bahawa beliau akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Naib Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai ekoran perkembangan dalam parti itu sekarang.

Ketika diminta mengulas artikel terbitan beberapa akhbar bahasa Cina dan dan portal berita mengenai kemungkinan itu, Ong memberitahu, beliau sama sekali tidak risau dengan khabar angin sedemikian.

"Saya tidak boleh memberi komen mengenai khabar angin dan jika penyebaran khabar angin menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita dan cara baru menghabiskan waktu lapang, ia adalah sesuatu yang baru bagi saya.

"Kami di MCA mempunyai agenda untuk dijalankan. Mesyuarat kami hari ini dengan komuniti adalah sebahagian daripada agenda kami dan kami berada di sini untuk mendengar, bukannya untuk memberikan respons kepada khabar angin dan produk kilang khabar angin," katanya.

Terdahulu, Ong yang juga Menteri Pengangkutan mempengerusikan dialog tertutup dengan persatuan-persatuan dan gabungan Cina di sini semalam.

Ketika ditanya sama ada beliau bercadang untuk meletakkan jawatan, Ong berkata, "apabila saya mengatakan ia khabar angin, anda mesti faham."

"Adakah saya pernah dipetik berkata yang saya akan (meletakkan jawatan)?"

Berhubung soalan sama ada mesyuarat agung khas akan diadakan untuk menyelesaikan konflik semasa dalam MCA, Ong berkata, parti sedang berusaha untuk menyelesaikan kesemua masalah dengan cepat.

"Sudah tentu orang ramai berminat untuk mengetahui tetapi akhirnya, kami berada di sini untuk menyelesaikan apa jua masalah dalam parti dengan bijaksana, iltizam dan keazaman kami," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain