suria

Kerajaan perpaduan: Nik Aziz tarik balik kecaman terhadap Nasharudin

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempat berjenaka dengan Timbalan Presiden parti Nasharudin Mat Isa (kanan) pada sidang media selepas satu perjumpaan khas diadakan di pejabat agung parti itu semalam. Nik Aziz berkata parti itu sebulat suara bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku di antara pemimpin atasan parti akibat permainan politik UMNO. -- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan.

Malah pimpinan PAS yang bermesyuarat hari ini bersetuju sebulat suara untuk memberhentikan serta merta polemik kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian saya selaku Mursyidul Am PAS menarik segala kenyataan saya terhadap YB Nasharudin dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan," katanya dalam sidang media di bangunan PAS di sini hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS juga bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politIk murahan Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair," katanya dalam satu kenyataan empat perenggan yang dibaca dalam sidang media tersebut.

Dalam pada itu, Nasharudin yang ditemui selepas sidang media itu berkata hubungan antara beliau dan Nik Aziz tidak mempunyai masalah.

"Hubungan kami baik dan segalanya sudah selesai...itu sahaja, tiada lagi komen," katanya ringkas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain