suria

Berikan 3 jawatan tertinggi PAS kepada ulama, kata Dewan Ulama

Sebahagian ahli PAS mendengar ucapan dasar yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud pada majlis perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-48 di Auditorium Muzium Negeri hari ini.
Sebahagian ahli PAS mendengar ucapan dasar yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud pada majlis perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-48 di Auditorium Muzium Negeri hari ini.
Sebahagian ahli PAS mendengar ucapan dasar yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud pada majlis perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-48 di Auditorium Muzium Negeri hari ini.

SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS mahu tiga jawatan utama parti itu iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan satu kerusi Naib Presiden disandang oleh golongan ulama.

Usul berkaitannya yang diluluskan sebulat suara dibentangkan oleh Dewan Ulama PAS Terengganu ketika tercetusnya polemik berkenaan peranan golongan ulama dan profesional.

Ia mendesak PAS Pusat memperbaharui iltizam untuk mengekalkan konsep kepimpinan ulama dalam menerajui kepimpinan dan perjuangan parti.

Wakil Dewan Ulama PAS Terengganu, Nik Masri Nik Malik berkata, usul itu dibuat berikutan kesedaran bahawa ulama adalah golongan yang mempelopori penubuhan PAS dan meneraju kepimpinan utamanya sejak lebih dari 27 tahun lalu.

"Penegasan berhubung perkara ini bukan bermakna kita mengenepikan perjuangan kepimpinan yang besar dalam parti tetapi oleh kerana hanya ada satu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden serta tiga tempat bagi Naib Presiden, maka kita perlu menegaskan perkara itu untuk memperkasakan ulama," katanya pada sesi pembentangan usul sempena Muktamar Dewan Ulama Pusat Ke-48 di sini, hari ini.

Usul tersebut adalah satu daripada empat usul yang diluluskan dalam Muktamar Dewan itu hari ini.

Usul kedua adalah supaya kerajaan bagi negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat membina lebih banyak sekolah maahad tahfiz sains seperti yang dilaksanakan di Kelantan pada masa ini.

Wakil Dewan Ulama Perlis ketika membentangkan usul itu berkata, sekurang-kurangnya empat sekolah jenis itu perlu dibina di setiap negeri.

"Hal ini memandangkan trend sekarang, masyarakat begitu berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama berpaksikan Islam," katanya.

Sementara itu, dua lagi usul dari Dewan Ulama Kelantan telah diterima tanpa dibahas.

Usul tersebut adalah peruntukan cuti bergaji penuh bagi isteri-isteri yang bekerja dengan kerajaan negeri Pakatan dan Persekutuan walaupun selepas bersalin anak kelima.

Selain itu, PAS turut diminta untuk mengadakan buletin khas (versi kefahaman Islam) untuk diedarkan kepada seluruh ahli dan yang menyokong Pakatan khususnya bagi kaum bukan Islam supaya mereka tidak disesatkan oleh Barisan Nasional dalam memahami Islam.

Artikel Lain