suria

Seks: Majikan didakwa paksa pekerja Indonesia serah diri

SUNGAI SIPUT: Seorang majikan berusia 43 tahun yang didakwa memukul tiga pembantunya warga Indonesia kerana enggan melakukan hubungan seks dengannya bagi menggantikan bayaran gaji menyerah diri di Balai Polis Sungai Siput, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintendan Man Pak Chuai berkata, polis menahan lelaki itu yang datang ke balai polis tersebut kira-kira pukul 10 malam.

Beliau berkata, polis telah mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari sehingga Sabtu bagi menjalankan siasatan.

Katanya, pihak polis sedang menyiasat lelaki tersebut kerana dikatakan telah menyerang pembantunya dan kini masih menunggu laporan perubatan salah seorang daripada mangsa.

Artikel Berikut

Artikel Lain