suria

"Panas" Feb-Mac '08 terus meriahkan 2009

SOKONG BN... Pada 4 Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak bersalaman dengan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya selepas empat ADUN dari parti pembangkang mengumumkan keluar dari parti masing-masing. Turut keluar parti ialah ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu (kanan) dan ADUN Bota Datuk Nasarudin Hashim (kiri) yang juga dari PKR serta ADUN Jelapang Hee Yit Foong (depan) dari DAP. Nasarudin kembali kepada UMNO selepas menyertai PKR baru-baru ini. Berikutan itu, Mohd Najib berkata BN Perak kini mempunyai menjoriti ADUN untuk menubuhkan kerajaan negeri.
SOKONG BN... Pada 4 Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak bersalaman dengan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya  selepas empat ADUN dari parti pembangkang mengumumkan keluar dari parti masing-masing. Turut keluar parti ialah ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu (kanan) dan ADUN Bota Datuk Nasarudin Hashim (kiri) yang juga dari PKR serta ADUN Jelapang Hee Yit Foong (depan) dari DAP. Nasarudin kembali kepada UMNO selepas menyertai PKR baru-baru ini. Berikutan itu, Mohd Najib berkata BN Perak kini mempunyai menjoriti ADUN untuk menubuhkan kerajaan negeri.
SOKONG BN... Pada 4 Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak bersalaman dengan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya selepas empat ADUN dari parti pembangkang mengumumkan keluar dari parti masing-masing. Turut keluar parti ialah ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu (kanan) dan ADUN Bota Datuk Nasarudin Hashim (kiri) yang juga dari PKR serta ADUN Jelapang Hee Yit Foong (depan) dari DAP. Nasarudin kembali kepada UMNO selepas menyertai PKR baru-baru ini. Berikutan itu, Mohd Najib berkata BN Perak kini mempunyai menjoriti ADUN untuk menubuhkan kerajaan negeri.

[FOKUS BERITA] Sempena genap setahun pascapilihan raya umum ke-12 semalam, parti-parti politik mengadakan majlis masing-masing secara langsung dan tidak langsung bagi memperingati perkembangan sejak 8 Mac 2008.

Pakatan Rakyat mengadakan majlis menanam Pokok Demokrasi di Ipoh pagi semalam dan disusuli dengan perhimpunan malam tadi. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menemui pemimpin-pemimpin parti itu menerusi Pidato Kebangsaan Ketuanan Rakyat di Shah Alam.

Seramai 41 calon anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bertanding pada pemilihan parti akhir bulan ini menghadiri majlis Maulidul Rasul dan pertemuan dengan perwakilan negeri Kelantan di Kota Bahru.

Sepanjang Februari dan Mac 2008, negara sibuk dengan persiapan menghadapi pilihan raya umum yang berlangsung 8 Mac. Dalam lain perkataan kedua-dua bulan tersebut dilihat sebagai atau sinonim dengan "Bulan Pilihan Raya" - bermula dengan pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada 13 Februari.

Kali ini, kemeriahan sepanjang tempoh Februari-Mac 2008 berulang dengan pelbagai peristiwa menarik dan mencemaskan. Kini kita dan negara seolah-olah berada dalam suasana yang sama walaupun dalam tahun yang berbeza.

Awal bulan lalu menjadi kemuncak kepada krisis politik Perak, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Perak merupakan salah satu daripada lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat sejak 8 Mac 2008. Empat yang lain ialah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat di Perak iaitu wakil rakyat Changkat Jering, Behrang dan Jelapang mengumumkan untuk bertindak sebagai ADUN yang Bebas dengan menyokong Barisan Nasional (BN). Ia membawa kepada pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Malah, ia juga membawa kepada rentetan tindakan perundangan dengan memfailkan kes demi kes di mahkamah. Sekurang-kurangnya empat kes difailkan setakat ini.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak. Satu lagi isu berkaitan dengannya ialah mesyuarat khas Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri Perak yang diadakan untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.

Berikutan pembentukan kerajaan negeri Perak oleh BN, buat pertama kali dalam sejarah demonstrasi diadakan menghalang kenderaan kerabat diraja. Ia disaksikan ketika persiapan sedang diadakan bagi membolehkan Zambry mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. Ia juga membawa kepada isu baru iaitu tindakan menderhaka Sultan dan menghina institusi raja-raja.

Krisis politik Perak masih belum reda atau selesai sehingga sekarang. Semalam Pakatan Rakyat mengadakan majlis menanam Pokok Demokrasi. Ia sebagai tanda memperingati sidang tergempar DUN Perak yang diadakan 3 Mac lalu di bawah pokok di kawasan berhampiran bangunan SUK Perak.

PILIHAN RAYA KECIL SERENTAK

Ketika andaian mengatakan bahawa nasib krisis politik Perak akan berulang di Kedah, Exco dan ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam meletakkan jawatan. Ia dikaitkan dengan usaha BN untuk "membeli" beliau. Wakil rakyat ini juga mencetuskan suasana cemas apabila menghilangkan diri sejak dua hari sebelum mengumumkan mahu meletakkan jawatan.

Di samping Februari, bulan ini juga agak sibuk dengan pelbagai peristiwa.

Bulan ini bermula dengan sidang tergempar Perak di bawah pokok pada 3 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak awal bulan lalu telah memutuskan tarikh pilihan raya membabitkan tiga kerusi iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai diadakan ekoran kematian kedua-dua wakil rakyat kerusi berkenaan.

Yang menarik ialah ketiga-tiga pilihan raya kecil ini diadakan serentak pada 7 April ini. Penanaam calon diadakan 29 Mac ini.

UMNO DAN PERALIHAN KUASA

Sebelum penamaan calon itu, Umno akan selesai mengadakan pemilihan pusat dan Perhimpunan Agung Tahunan. Pertandingan membabitkan kesemua jawatan dengan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sudah pun memenangi kerusi Presiden Umno tanpa saingan.

Kerancakan pemilihan itu berkaitan dengan peralihan kuasa Umno dan kerajaan. Susulan peralihan kuasa, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Najib.

Ketika timbulnya desas-desus dan tulisan dalam beberapa blog yang mempersoalkan sama ada Abdullah akan benar-benar berundur daripada jawatan Perdana Menteri, beliau ketika ditemui wartawan sempena Sidang Kemuncak ASEAN minggu lalu menekankan akan tetap dengan pendiriannya untuk berundur Mac ini.

Kehangatan politik negara sepanjang tempoh Februari-Mac juga disumbangkan oleh tindakan dua ahli Umno yang memberi kata dua akan mengambil tindakan mahkamah jika kesemua kes politik wang tidak diselesaikan sebelum pemilihan pusat.

IBRAHIM ALI, PAS DAN SEBAGAI MP BEBAS

Di sebalik kerancakan itu, Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menegaskan beliau sudah tawar hati untuk menyertai PAS atau Umno dan lebih selesa berjuang sebagai wakil rakyat Bebas. Kata Ibrahim, beliau lebih rela "menduda" daripada "rujuk" kembali kepada dua parti utama Melayu itu setelah keduadua parti "menceraikan" beliau dengan talak tiga yang amat menguris hatinya.

Ketika pelbagai menyerang Karpal Singh berhubung pandangannya Raja-Raja Melayu boleh diambil tindakan perundangan di bawah Perlembagaan, beliau mencetuskan "suasana panas" di Dewan Rakyat dengan mengeluarkan perkataan celaka. Ia berakhir dengan "kepungan" oleh beberapa anggota Pemuda Umno dari Selangor dua minggu lalu.

KES LIWAT ANWAR

Kes liwat melibatkan Anwar juga menarik perhatian sepanjang dua bulan ini. Minggu lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa perbicaraan kes liwat melibatkan beliau akan dijalankan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Sesyen. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu ekoran permohonan pihak pendakwaan supaya dikaji semula keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen.

Pada 3 Mac lalu juga Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis dan juga gambar laman blog yang mendakwa beliau kini tenat akibat sumpah laknat yang dibuatnya tahun lepas di Balai Polis Damansara. Beliau mahu pihak polis menyiasat penulis blog dan pengendali laman web berkenaan yang telah menfitnahnya dengan menyatakan bahawa beliau kini terpaksa menggunakan tiub bagi membolehkannya membuang air besar dan alat sulitnya yang bernanah.

Saiful adalah bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau telah mendakwa serta membuat sumpah laknat yang Anwar ada meliwatnya.

Kes beliau akan disebut semula di Mahkamah Sesyen esok.

Esok Najib yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan bajet minit melibatkan sekurang-kurangnya RM10 bilion di Parlimen. Di sebalik perkembangan politik krisis ekonomi dunia dan kesannya juga memanaskan aliran arena politik negara ini.

Tumpuan juga beralih kepada mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada 18 dan 19 Mac ini. Pertemuan ini dilihat penting ketika beberapa termasuk Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) mahu meminta persidangan Majlis Raja-Raja supaya menuntut semula imuniti raja agar pihak tertentu tidak mempersenda Raja-Raja Melayu yang merupakan tonggak dan payung kepada kekuatan orang Melayu. Dalam pada itu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu kemuliaan Raja-raja dipertahankan ketika pelbagai pihak mula mengungkit pelbagai perkara termasuk yang menyentuh isu Raja-raja dan kontrak sosial.

MIC, salah satu parti komponen BN, akan mengadakan pemilihan presiden dengan penamaan calon bulan ini. Datuk Seri S. Samy Vellu, presiden parti itu yang paling lama memegang jawatan tersebut mahu mempertahankan kedudukannya.

Bukan pemilihan itu sahaja yang menarik perhatian banyak pihak tetapi ia juga disebabkan isu MIED. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIED, sayap pendidikan MIC, hari ini memberi kata dua akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Samy Vellu selain membongkar rahsia urus niaga dan politik Presiden MIC itu. MIED, Institut Pembangunan Pendidikan Maju - merupakan entiti pendidikan MIC yang diberi tanggungjawab membina dan mengurus Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).

P. Chitrakala Vasu, 38, yang kini bercuti daripada jawatan itu memberitahu, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung tuduhan yang beliau menyelweng dana MIED dan projek pembinaan AIMST. Beliau turut membongkarkan lagi isu itu di bangunan Parlimen minggu lalu.

Ketika MCA mengadakan ulang tahun ke-60 penubuhannya, isu seks membabitkan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek kembali muncul. Polis memanggil semula Chua ekoran tersebarnya DVD adegan seks di kawasan Petaling Jaya hujung bulan lalu.

Pertengahan bulan lalu juga dipanaskan dengan isu tersebarnya gambar separuh bogel Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabet Wong. Beliau menawarkan untuk meletakkan kedua-dua jawatan tersebut. Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, isu tersebut akan diputuskan selepas 15 Mac ini.

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga menarik perhatian. Sepanjang dua bulan ini pihaknya telah menyoal siasat dua setiausaha politik menteri Kabinet pusat.

Angkatan Muda Keadilan menyerahkan seekor anak lembu kepada SPRM sebagai tanda bantahan terhadap kenyataan Ahmad Said bahawa badan itu mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Khalid berhubung kesalahan salah guna kuasa. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, anak lembu itu adalah sebagai simbol bantahan mereka terhadap SPRM yang dilihat bersungguh-sungguh menyiasat kes Khalid yang didakwa menyalah guna kuasa berhubung penyenggaraan sebuah keretanya dan dalam pembelian 46 ekor lembu korban di kawasan pilihan raya yang diwakilinya.

Artikel Lain