Abdullah mahu SPRM siasat segera, bebaskan setiausaha politik jika bersih - Semasa | mStar

Abdullah mahu SPRM siasat segera, bebaskan setiausaha politik jika bersih

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan siasatan terhadap setiausaha politik seorang anggota Kabinet yang ditahan tiga hari lalu bersama sejumlah wang, dipercayai berkaitan dengan amalan politik wang.

Sehubungan itu kata Perdana Menteri, pegawai kanan tersebut harus dibebaskan jika tidak bersalah.

Beliau berpendapat kes tersebut kemungkinan menjejaskan peluang setiausaha politik berkenaan jika bertanding dalam pemilihan Umno pada 26 Mac ini.

"Jika dia tidak melakukan apa-apa kesalahan termasuk dakwaan politik wang, saya berharap dia akan dibebaskan dengan secepat mungkin.

"Kemungkinan dia bertanding... jadi jangan tangguhkan (siasatan)," kata beliau.

Rabu lalu, SPRM menahan pegawai tersebut - setiausaha politik yang kedua dalam tempoh dua bulan ini, didapati membawa bersama wang tunai RM75,000 dalam keretanya.

Setiausaha Politik itu dan ketuanya turut layak untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi.

Dia telah dibebaskan awal kelmarin selepas kenyataannya diambil.

Penahanan pegawai itu turut disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan ketika dihubungi semalam.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, SPRM patut dibiarkan menyiapkan penyiasatan terhadap pembantu kanan menteri yang dilaporkan disiasat kerana terlibat amalan rasuah.

"Semua persoalan mengenai perkara itu patut dikendalikan oleh SPRM. Mereka boleh bertindak dan melakukan penyiasatan mereka sendiri.

"Oleh kerana ia sudah di peringkat ini, adalah tidak betul untuk kita membuat rumusan mengenai perkara itu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain