Anak Raja Kamarul Bahrin selamat diijab kabul

KUALA TERENGGANU: Anak kedua arkitek terkenal, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Raja Shahirah Aishah, 24, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Syarul Reza Abdul Aziz, 30, di Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini malam ini.

Majlis akad nikah pasangan tersebut diadakan tepat pukul 9.30 malam tadi dengan dihadiri oleh 100 orang tetamu yang terdiri daripada sahabat handai dan saudara mara dari keduadua belah pengantin.

Majlis dimulakan dengan Jurunikah Negeri, M. Rozi Bidin membacakan khutbah nikah sebelum dituruti dengan majlis akad nikah yang dilakukan sendiri oleh bapa pengantin perempuan Raja Kamarul Bahrin.

Sebelum memulakan majlis akad nikah tersebut Raja Kamarul Bahrin kelihatan memeluk dan mencium anak perempuan tunggalnya itu hasil perkongsian hidup dengan warga Australia Jacqueline Pascarl-Gillespie.

Syarul Reza yang memakai baju Melayu serta samping songket serba putih sah menjadi suami Raja Shahirah selepas tiga kali lafaz.

Majlis bersanding kedua-dua pengantin dijadualkan berlangsung di Ariani Resort Merang petang ini.

Pengantin lelaki berasal dari Seksyen 8 Bandar Puncak Alam Selangor manakala pengantin perempuan dari Jalan Sultan Mahmud di sini. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain