suria

Lelaki didakwa cederakan anggota parlimen Singapura

SINGAPURA: Seorang lelaki yang didakwa menyimbah bahan api dan membakar seorang anggota parlimen Singapura semalam dihadapkan ke mahkamah di sini hari ini.

Ong Kah Chua, 70, menghadapi dua tuduhan menyebabkan kecederaan kepada Anggota Parlimen kawasan Yio Chu Kang, Seng Han Thong, 59, dan pengerusi kuil Aw Chui Seng, 69.

Beliau didakwa mencurahkan cecair bahan api dan membakar Seng semasa anggota parlimen itu menghadiri satu acara kemasyarakatan di Yio Chu Kang Community Club, tengah hari semalam.

Aw pula cedera semasa beliau cuba membantu Seng memadamkan api.

Ong Kah Chua ditahan reman di Institute of Mental Health untuk pemeriksaan psikiatri.

Seng yang dilaporkan mengalami kebakaran 10 peratus badannya kini menerima rawatan di Singapore General Hospital dan keadaanya stabil.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong semasa mengulas insiden itu berkata Anggota Parlimen perlu berhati-hati di masa hadapan, namun pada masa yang sama perlu terus menyediakan akses bagi membolehkan mereka mudah didekati orang ramai, semasa menjalankan tugas. BERNAMA

Artikel Lain