KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan agar penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Aziz, 38 ditahan reman selama dua hari bermula hari ini.
Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri Sultan Ismail Petra mengeluarkan perintah itu bagi membolehkan polis menyiasat penulis blod itu mengikut Akta Hasutan.
Semalam, polis menahan Syed Azidi di rumahnya di Demit, di sini pada 5.05 petang mengikut Akta Hasutan.
Menerusi blog Kickdefella, beliau pernah pernah mencadangkan agar bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.
Beliau juga pernah mengarahkan filem pendek bertajuk 'Lautan Biru di Waktu Subuh'. BERNAMA


