suria

Rezeki Sunshine Melimpah Selepas Sertai Miss Malaysia Kebaya

Sunshine ingin menjadi seorang peguam

DIKURNIAKAN raut wajah yang menawan dan penampilan meyakinkan, Sunshine Aileen Devi Eric, 25, tiada masalah untuk mendapat sebarang tawaran.

Rezeki Sunshine melimpah selepas dia memenangi pertandingan Miss Malaysia Kebaya pada tahun lalu.

Sunshine bergelar model dan muncul dalam pelbagai iklan untuk jenama terkemuka di negara ini.

Dia yang mengimpikan untuk memiliki syarikat perniagaannya sendiri pada masa hadapan menjelaskan, pada awalnya karier sebagai model tidak pernah tersenarai di fikirannya.

"Saya ingin menjadi seorang peguam," katanya.

Namun, selepas mendiang pak cik saya, seorang peguam jenayah ditembak mati, saya membuat keputusan untuk tidak menceburi profesion itu.

"Saya masih ingat pada satu hari saya membaca akhbar dan terlihat Amber Chia. Dia menjadi inspirasi kepada saya (untuk menjadi model)," katanya.

Sunshine berpeluang bertemu Amber Chia ketika berusia 14 tahun dalam satu majlis di sebuah syarikat tempat bapanya bekerja.

"Amber memberi saya nasihat mengenai agensi dan bagaimana untuk menjadi seorang model," katanya.

Sehingga hari ini, Sunshine menjelaskan dia sering berhubung dengan Amber yang turut berasal dari Ipoh dan sekali-sekala bertemu dengannya dalam majlis tertentu.

Menyentuh mengenai namanya yang unik, Sunshine mengucapkan terima kasih kepada ibunya.

Ketika ibunya sedang mengandung, majikan ibunya memberitahu bahagimana ibunya selalu tersenyum dan sentiasa ceria.

Oleh itu, ibunya menamakan dirinya sebagai Sunshine.

Adakah anda akan mempertimbangkan untuk membuat pembedahan kosmetik?

Tidak! Saya menentang tindakan itu. Saya percaya kecantikan adalah hadiah kurniaan Tuhan.

Apakah detik yang memalukan anda?

Berat badan saya naik pada pertunjukan ketika sambutan Hari Raya dua tahun lalu. Berat badan saya naik 5kg dan tidak boleh memakai gaun. Pereka fesyen menjerit ke arah saya di hadapan semua orang dan menyuruh saya beredar.

Adakah anda seorang yang spontan?

Saya seorang yang spontan. Saya percaya kejujuran adalah amalan terbaik saya.

Apakah perubahan yang ingin anda lakukan?

Saya ingin menjadi seorang yang berjaya dan membawa ibu saya melancong ke seluruh dunia. Dia sentiasa menjadi kekuatan saya.

Nama: Sunshine Aileen Devi

Tarikh lahir: 13.10.1988

Kemahiran berbahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin dan Kantonis

 

Amber Chia, Sunshine, Miss Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain