suria

2,500 Orang Sertai Kempen 'Pagi Bebas Kenderaan' DBKL

Sekumpulan remaja bermain papan selaju atau 'Skateboard' sempena 'Go Green Car Free Morning' yang dianjurkan setiap hari Ahad pada minggu pertama setiap bulan ketika tinjauan fotoBernama. Antara jalan yang ditutup selama dua jam bermula 7 pagi tadi ialah Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi menarik orang ramai melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti berbasikal, berjoging dan lain-lain lagi. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Penganjuran kempen 'Pagi Bebas Kenderaan' kali kedua oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya menarik penyertaan kira-kira 2,500 peserta.

Acara dua jam bermula 7.30 pagi Ahad mendapati banyak peserta datang bersama anggota keluarga dan rakan yang menyaksikan mereka berbasikal, berjalan kaki dan melakukan aktiviti roller blade.

Kempen membabitkan Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee dan Jalan Tun Perak.

Laluan ini ditutup kepada kenderaan ketika acara berlangsung.

Hamzah Abd Rahman, 52, yang datang bersama rakan-rakannya berpendapat acara yang menarik seperti ini patut digalakkan dan diperluaskan di kawasan lain di ibu kota.

"DBKL patut luaskan acara ini di tempat-tempat lain seperti di Taman Tasik Titiwangsa dan di Taman Tasik Permaisuri, kerana selain pemandangan di kawasan bandar, Kuala Lumpur juga mempunyai kawasan taman yang menarik yang patut diketengahkan," katanya kepada Bernama.

Kempen 'Pagi Bebas Kenderaan' yang dijalankan pada hari Ahad pertama setiap bulan ini adalah antara langkah untuk mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida di dalam bandar.

Selain itu, kelibat kira-kira 50 penunggang basikal klasik turut menarik perhatian para peserta, kesemua mereka lengkap mengenakan pakaian era pendudukan British dan Jepun di Tanah Melayu.

"Kami berpakaian begini untuk mengembalikan nostalgia zaman sebelum ini di mana basikal merupakan pengangkutan utama," kata anggota Port Swettenham Classic Bicycle Club Hassan Busra, 68.

Tambah beliau dengan acara seperti ini, generasi muda dapat melihat sendiri basikal klasik ini yang selalunya hanya dapat dilihat di muzium dan internet.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mahu orang ramai terutama warga kota terus memberi sokongan terhadap kempen ini.

Selain menunggang basikal sejauh 7km, kempen ini turut disajikan dengan pelbagai acara seperti persembahan seni dan kebudayaan, futsal dan persembahan nyanyian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain