suria

Peranti Tablet Untuk Industri F&B

Cuscapi melabur RM4 juta untuk perisian peranti tablet itu.
Cuscapi melabur RM4 juta untuk perisian peranti tablet itu.
Cuscapi melabur RM4 juta untuk perisian peranti tablet itu.

CUSCAPI Bhd optimis bahawa tablet REV baharu dibangunkan akan membantu industri minuman dan makanan (F&B) mengurangkan kos dan meningkatkan pendapatan.

Ketua Pegawai Operasinya, Eugene Ng berkata, tablet tersebut yang didatangkan dengan pelbagai ciri-ciri interaktif akan memudahkan urusan pelanggan untuk membuat pesanan di restoran itu.

"Kami memikirkan melalui setiap proses di outlet F & B, itulah sebabnya mengapa kita membangunkan penyelesaian perkhidmatan layan diri di kalangan pelanggan yang lebih komprehensif.

"Tidak seperti iPad, ia adalah peranti mudah, bukan saja senang dikendalikan dan mesra pengguna, mampu bertahan selama lapan jam," kata Ng dalam satu temubual di Chicago Rib House di Pusat Membeli-belah 1Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Beliau berkata, syarikat tersebut melabur AS$1.23 juta (RM4 juta) dalam pembangunan dan kajian untuk tablet Android yang dicipta oleh 90 petugas perisian di Suzhou, China.

Pembangunan tablet REV di Asia sebahagiannya dibiayai oleh Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV), yang menyediakan dana RM13 juta.

Cuscapi mensasarkan untuk menguasai 40% daripada 8,000 cawangan jadual perkhidmatan.

"Di Malaysia, kita sudah melaksanakan REV di dua cawangan F & B Barat dan berusaha untuk mengedarkan ke cawangan utama lain di Kuala Lumpur," kata Ng.

Ng menjelaskan tablet itu bukan saja mengurangkan tempoh menunggu untuk membuat pesanan tetapi membantu mengurangkan beban pelayan dan mengurangkan tugas kakitangan latihan sesuatu produk yang ditawarkan sesebuah restoran.

Beliau berkata ia juga kos efektif berbanding menu di atas kertas, di mana ia perlu dikemaskini dari semasa ke semasa.

"Peranti ini amat efisyen kerana ia menghubungkan titik jualan kepada inventori, membolehkan pengendali perniagaan sentiasa memantaunya," kata Ng.

Ketika ditanya sama ada pemilik restoran perlu membeli peranti itu, Ng berkata, kos sewa akan dikenakan tetapi enggan mendedahkan jumlah tersebut.

"Kami akan melabur dalam pelaksanaannya, perkhidmatan dan penyesuaian menu," katanya.

Cuscapi adalah sebuah syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia menyediakan penyelesaian pengurusan perniagaan kepada para pelanggan di lebih 29 negara.

Ia amat terkenal dalam industri F&B, yang menyumbang 90% daripada pendapatannya.

Artikel Lain