suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPR Tetap Tarikh Penamaan Calon, Pengundian Dalam Mesyuarat Khas Rabu Ini

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu ini bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata selain dua tarikh penting itu, mesyuarat yang akan diadakan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya itu akan menetapkan tarikh pengundian awal dan menentukan daftar pemilih pilihan raya umum berkenaan.

"SPR menerima perisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah berhubung pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April (Rabu lepas). Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri kecuali DUN Sarawak pula, SPR telah menerima perisytiharan pembubaran DUN masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata pembubaran Dewan Rakyat dan DUN itu adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri tersebut yang memberi laluan kepada SPR untuk mengadakan PRU-13.

Kamaruddin berkata menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu. "Peruntukan yang sama turut terkandung dalam Perlembagaan Negeri-negeri tersebut bagi maksud mengadakan pilihan raya umum bagi DUN," katanya. BERNAMA

Artikel Lain