suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Promosi Kraf Tekstil Di Kompleks Kraf, 14-25 Oktober

Misroni dan pereka Kraftangan Malaysia, Rodziah Md Yusoff mempamerkan beberapa rekaan. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH
Misroni dan pereka Kraftangan Malaysia, Rodziah Md Yusoff mempamerkan beberapa rekaan. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH
Misroni dan pereka Kraftangan Malaysia, Rodziah Md Yusoff mempamerkan beberapa rekaan. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH

KUALA LUMPUR: Lebih 30 pereka fesyen tempatan akan hadir bagi memeriahkan lagi Minggu Promosi Kraf Tekstil anjuran Kraftangan Malaysia bermula 14 hingga 25 Okt, di Kompleks Kraf di sini.

Pengarah Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia, Misroni Sulaiman berkata antara mereka ialah Calvin Thoo, Salikin Sidek, Jasmi Rejab dan Natrah (Embun).

Katanya acara itu juga akan disertai pelajar-pelajar kreatif daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti Universiti Teknologi Mara, Lim Kok Wing University of Creative and Technology, International Fashion Training Centre, Kolej Shahputra Pahang, dan Polikteknik Johor Baharu.

"Para pelajar tersebut akan berpeluang memperagakan hasil kreatif masing-masing di majlis promosi itu nanti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Misroni berkata antara program sepanjang minggu itu ialah jualan kraf tekstil dan aksesori, pameran fesyen kraf tekstil, persembahan Peragaan Fesyen dan Bicara Warisan bersama beberapa orang tokoh kraf negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain