suria

Ayam Saha Farms Limited (Thailand) terima sijil Halal, tembusi pasaran Malaysia dan negara-negara Timur Tengah

Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (kiri) menyerahkan sijil Halal kepada Pengerusi Saha Farms Limited,Dr. Panya Chotitawan (kanan) sambil diperhatikan oleh Setiausaha Menteri Perdagangan Thailand, Praphol Milindachinla. -foto The Star oleh SAMUEL ONG
Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (kiri) menyerahkan sijil Halal kepada Pengerusi Saha Farms Limited,Dr. Panya Chotitawan (kanan) sambil diperhatikan oleh Setiausaha Menteri Perdagangan Thailand, Praphol Milindachinla. -foto The Star oleh SAMUEL ONG
Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (kiri) menyerahkan sijil Halal kepada Pengerusi Saha Farms Limited,Dr. Panya Chotitawan (kanan) sambil diperhatikan oleh Setiausaha Menteri Perdagangan Thailand, Praphol Milindachinla. -foto The Star oleh SAMUEL ONG

BUKAN senang bagi sebuah syarikat pengeluar ayam dari negara luar untuk mendapat sijil 'Halal' dari Malaysia. Banyak prosedur dan langkah-langkah yang perlu diambil agar sijil 'Halal' yang diberikan benar-benar menepati piawai ditetapkan.

Terbaru, sebuah syarikat pengeluar ayam segar terbesar di Thailand telah menerima dua sijil halal iaitu pensijilan halal dan sijil produk halal semalam dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Saha Farms Limited (Thailand) yang menghasilkan pengeluaran ayam segar sebanyak satu juta sehari ini juga telah melantik sebuah syarikat dari Malaysia bagi membantu mempromosi serta memasarkan produk mereka.

Rancang Awal International Sdn Bhd akan membantu mempromosi dan memasarkan produk tersebut di dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta ke negara-negara timur tengah.

Menurut Pengerusi Eksekutif Rancang Awal International Sdn Bhd, Tuan Haji Mohd Shakri Abd Razak, kerjasama yang dijalankan antara dua buah syarikat ini memberi impak yang baik pada hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

"Kerjasama ini akan membantu dalam hubungan dua hala Malaysia dan Thailand, malah saya berharap kerjasama ini akan menjadi satu platform untuk syarikat-syarikat pengeluar makanan lain di Thailand dapat bekerjasama dengan kita," katanya.

Shakri juga berkata syarikat itu mensasarkan untuk menjual tiga hingga lima juta ekor ayam segar ke seluruh negara tahun ini.

Bagaimanapun syarikat Rancang Awal yang telah mendapat kelulusan untuk membekalkan produk berkenaan ke Sabah dan Sarawak akan dipasarkan mulai bulan depan manakala pasaran Semenanjung Malaysia dijangka akan dipasarkan sebelum bulan puasa yakni akhir bulan depan.

Menurut Shakri, proses penyembelihan yang dijalankan Saha Farms juga amat menepati piawaian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mengikuti syariah Islam.

"Proses penyembelihan yang dijalankan di sana dipantau oleh jawatankuasa agama Islam Thailand dan sebelum JAKIM meluluskan pemberian sijil halal ini juga JAKIM dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal Malaysia (HDC) telah ke sana untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan kilang syarikat ini.

"Setelah berpuas hati ekoran cara penyembelihan mereka mengikuti piawaian dan syariah, JAKIM dan HDC meluluskan untuk memberi sijil halal kepada Saha Farms," tambahnya lagi.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim berkata, terdapat potensi besar untuk produk ayam dalam pasaran halal berdasarkan bilangan penduduk dunia seramai enam bilion, termasuk 1.7 bilion beragama Islam.

"Asia merupakan pasaran yang menarik kerana saiz penduduk Islamnya yang paling ramai, dan peserta utama di rantau ini kini mengambil langkah untuk menjadi pembekal utama atau memperoleh sijil," katanya menerangkan mengenai saingan sengit yang berlaku.

Saha Farms telah menerima sijil halal daripada Perbadanan Pembangunan Industri Halal Malaysia (HDC) yang mana telah disampaikan oleh Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim di satu majlis bertempat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada majlis tersebut juga, Saha Farms Limited telah menandatangani MOU persetujuan bersama Rancang Awal International Sdn Bhd.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain