suria

Jom ke dapur dengan Planta

BAGI ibuibu yang bercuti untuk bersama keluarga semasa cuti sekolah selama dua minggu yang baru berlalu, pastinya mengambil kira agenda makan dan bekalan makanan yang dibawa untuk balik kampung, makan angin atau berkelah.

Kalau memasak sendiri, bahan seperti garam, gula, tepung dan beras, mudah untuk dibawa bersama, tetapi bagaimana pula dengan minyak masak? Jika tumpah di dalam kenderaan, sudah tentu ia merumitkan.

"Saya gantikannya dengan marjerin Planta, sebab marjerin mudah dibawa ke mana-mana, tidak makan ruang dan tidak payah hendak diisi ke dalam bekas lain," kata Sheila Mambo, artis yang menjadi duta Planta untuk program memasak "Jom Ke Dapur Kak Sifu".

Program itu, yang dilancarkan barubaru ini, memberi tanggungjawab kepada Sheila memperkenal cara mudah memasak menggunakan marjerin Planta.

Beliau akan menunjukkan pelbagai cara baru untuk menikmati khasiat marjerin ini di dalam masakan harian melalui beberapa resepi mudah ciptaannya dalam kempen di seluruh negara.

STOK MARJERIN SENTIASA ADA

Sheila menceritakan pengalamannya sentiasa menyimpan marjerin Planta di rumah bukan hanya untuk membuat biskut Hari Raya, malah bagi memasak sarapan dan hidangan segera tengah hari untuk keluarganya.

"Saya syorkan kalau pergi bercuti pun, bawalah Planta. Sebab kita boleh pelbagaikan kegunaannya selain mudah dibawa," katanya.

Untuk "nasi goreng" hidangan dua orang misalnya, dua sudu besar marjerin Planta sudah cukup bagi menumis bawang dan sayur-sayuran sebelum satu sudu marjerin lagi digunakan untuk menggoreng telur, dan ditambah nasi, kicap dan sebagainya.

Semasa kecil, ketika tinggal di kaki Gunung Jerai, Gurun, Kedah, kata Sheila, beliau sudah berjinak dengan marjerin Planta.

Ibunya biasa mencairkan di tepi dapur, marjerin yang beku di dalam tin disebabkan cuaca sejuk di situ, untuk dijadikan minyak menggoreng atau membuat kuih.

Sempena program "Jom Ke Dapur Kak Sifu" ini, Planta memberi peluang kepada pembeli marjerin Planta untuk mempelajari resepi baru bersama Sheila Mambo dengan hanya perlu membeli marjerin Planta 240gm atau 480gm.

Dengan melampirkan label, menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan "mengapa mereka suka menggunakan Planta untuk memasak", pemenang bertuah akan dijemput menghadiri kelas memasak yang dikendalikan Sheila Mambo menggunakan dapur bergerak Planta yang akan ke tempat mereka mulai 27 Jun.

DAPUR BERGERAK

Dapur bergerak berwarna kuning itu (warna tema Planta) direka khas untuk menjelajah ke seluruh Malaysia dan menjemput pemenang menyertai sesi memasak eksklusif itu.

Peserta akan menerima sijil yang ditandatangani Sheila Mambo berserta kit memasak Planta bernilai RM100.

"Kami mahu menghidupkan semula keseronokan menikmati sajian makanan bersama keluarga.

Pengguna akan menerokai dunia memasak serba baru dengan Planta yang akan mengubah sama sekali gaya mereka memasak di dapur," kata Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holding Sdn Bhd Joseph Tan.

Beliau berkata di Planta mereka yakin bahawa masa paling bahagia dalam hidup seseorang ialah masa yang diluangkan bersama keluarga.

"Kami mahu menggalakkan orang ramai supaya sentiasa gemar memasak makanan ruji, seperti nasi, dengan cara yang kreatif untuk dinikmati seisi keluarga. "Kalau selama ini Planta digemari sebagai sapuan roti dan ramuan untuk membuat kuih, kini ia diperkenal sebagai bahan untuk masakan harian," kata Tan.

JAGA KESIHATAN

Shelia yang seronok bercerita bagaimana beliau mempelbagaikan penggunaan marjerin Planta di dalam masakannya berkata beliau sukakan aroma harum masakan yang menggunakan marjerin Planta "Rasa masin Planta sudah cukup untuk membuatkan makanan yang dimasak lengkap dengan perasa," katanya.

Beliau percaya marjerin Planta memberi alternatif baik bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan dengan mengelak mengambil minyak berlebihan.

Tambahan pula marjerin planta mengandungi khasiat sekurangkurangnya tujuh vitamin A, D, E, B1 (tiamina) B2 (riboflavin), B6 dan B12 selain protein, asid folik dan sebagainya.

Tan berkata mereka yang mahu menjaga kesihatan boleh mengambil langkah pertama dengan mengurangkan penggunaan minyak dan menggantikannya dengan marjerin Planta yang kurang lemak dan garam.

"Ia juga boleh membantu tumbesaran kanak-kanak," katanya.

Sempena peraduan "Jom Ke Dapur Kak Sifu" itu, yang kebetulan berakhir pada hujung cuti sekolah 14 Jun lalu, harga runcit marjerin Planta diturunkan 10 peratus menjadikan RM4 untuk Planta 240g, RM6.90 untuk 480g, RM10.90 untuk 1kg dan RM22.50 untuk 2.5kg.

Dapur Kak Sifu akan bergerak ke 18 lokasi di seluruh negara dan setiap sesi akan disertai dua orang pembeli bertuah.

Jika Planta selama ini bangga dengan slogan "Membesar Setiap Dengan Planta", mungkin ia boleh menambah slogan "Memasak Dengan Planta" untuk menarik keluarga menikmati kelazatan makanan dengan marjerin Planta. BERNAMA

Artikel Lain