'Sinar Tanjung Dawai' Pupuk Kesedaran Kepentingan Alam Sekitar - Kampus | mStar

'Sinar Tanjung Dawai' Pupuk Kesedaran Kepentingan Alam Sekitar

Sebahagian daripada pelajar yang terlibat dalam aktiviti 'Sinar Tanjung Dawai'.
Sebahagian daripada pelajar yang terlibat dalam aktiviti 'Sinar Tanjung Dawai'.

YAN: Bagi memperlihatkan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar, hampir 200 pelajar UiTM Sungai Petani, Kedah bersama penduduk kampung terlibat dalam acara khidmat masyarakat yang berlangsung di Tanjung Dawai di sini baru-baru ini.

Program yang dikenali sebagai ‘Sinar Tanjung Dawai’ itu adalah anjuran para pelajar semeter tiga pengajian ijazah sarjana muda universiti itu yang antara lain bertujuan mengeratkan hubungan pelajar dan orang ramai.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah pembersihan pantai, pembersihan kawasan arked Tanjung Dawai, dan juga masjid terpilih.

Salah seorang pesertanya, Hasmira Nabilah Hashim berkata, selain aktiviti pembersihan, para pelajar juga turut terlibat mengedar kalendar mini kepada orang ramai yang antara lain memuatkan informasi kepentingan menjaga alam sekitar.

“Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar dan juga orang ramai agar memelihara persekitaran pantai selain membuka mata pelajar terhadap kepentingan membantu masyarakat dalam aktiviti khidmat sosial,” katanya.

Jelasnya, sebanyak tiga buah kumpulan telah dibentuk bagi menjayakan aktiviti berkenaan yang bermula dari pukul 6.30 pagi hingga pukul 6 petang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

KUISAS Dijangka Jadi IPTA Pada 2015

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

6 pemimpin parti menghadap Agong

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin