suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Universiti Teknologi Petronas Dapat Penarafan Lima Bintang

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Petronas (UTP)menerima penarafan lima bintang oleh Instrumen Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) di atas usaha kajian, pembangunan dan pengkomersialan yang dijalankannya.

Ia merupakan universiti swasta pertama di negara ini yang menerima anugerah tersebut. "Dengan pengiktirafan ini, UTP boleh memohon insentif kajian bernilai RM5 juta," kata kenyataan UTP.

Universiti lain yang diberi taraf lima bintang ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

Pada masa yang sama UTP turut diberi penarafan Tier 5 di bawah Sistem Penarafan Institut Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) kerana prestasi cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran program siswa.

Sebanyak 35 universiti termasuk 13 universiti awam menerima status Tier 5 manakala selebihnya merupakan universiti swasta dan kolej universiti.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan keputusan MyRA dan SETARA baru-baru ini. -BERNAMA

Artikel Lain