suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KPT Laksana Program Pertingkat Inovasi Pelajar

PUTRAJAYA: Bagi menyemarakkan lagi budaya inovasi di kalangan pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi akan melaksanakan program Innovation Corps (Inno Corps), kata Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata program itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara dan Yayasan Sukarelawan Siswa.

"Menerusi program itu, profesional muda yang berkelayakan dan bermotivasi tinggi dari Amerika Syarikat akan dilantik sebagai felo.

"Mereka akan digandingkan dengan usahawan dan inovator berpengalaman yang bertindak sebagai mentor," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Inovasi kementerian itu di sini pada Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya, Datuk Dr Hou Kok Chung.

Mohamed Khaled juga berkata projek yang bakal dilaksanakan ialah komuniti berimpak tinggi dengan memfokus kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik termasuk Orang Kurang Upaya (OKU).

"Mereka akan menjalankan pelbagai projek keusahawanan yang menjadi fokus kepada perusahaan kecil dan sederhana," katanya sambil menambah usaha itu mampu mempertingkat tahap inovasi dan keusahawanan di kalangan pelajar, kemahiran serta tahap kebolehpasaran pelajar. - BERNAMA

Artikel Lain