suria

Kebanyakan Graduan Utar Mampu Dapat Pekerjaan

KAMPAR: Kebanyakan graduan Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) mampu mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian mereka, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Saya percaya pencapaian ini disebabkan universiti telah bekerja keras untuk menyediakan peluang pendidikan bukan sahaja kepada sebilangan besar pelajar daripada pelbagai latar belakang tetapi juga pendidikan standard tertinggi.

"Selaras dengan Model Ekonomi Baru, yang akan mengubah ekonomi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, Utar dan KTAR telah melahirkan 200,000 graduan," katanya pada majlis konvokesyen Utar untuk 2,118 pelajar.

"Kebanyakan mereka kini menyumbang secara produktif kepada ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing di peringkat global," katanya.

Utar kini mempunyai kira-kira 20,000 pelajar berbanding kepada kira-kira 400 pelajar ketika mula dibuka pada tahun 2002.

Dr Chua, yang merupakan tetamu kehormat pada majlis konvokesyen, menegaskan bahawa MCA memastikan keperluan masyarakat untuk pendidikan berkualiti dan berkemampuan lebih 40 tahun lalu apabila ia menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) pada tahun 1969.

Artikel Lain