suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UTM Lantik Naquib Al-Attas Sebagai Profesor Pelawat

KUALA LUMPUR: Ahli falsafah dan pemikir Islam terkemuka, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas telah dilantik sebagai profesor pelawat terhormat di Pusat Kajian Lanjutan mengenai Islam, Sains dan Tamadun (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Khidmat beliau di CASIS, sebuah pusat kecemerlangan yang baru ditubuhkan di tahap pasca siswazah di UTM Jalan Semarak di sini, adalah untuk tempoh setahun bermula bulan ini, menurut satu kenyataan UTM, Khamis. Prof Syed Muhammad Naquib terkenal kerana idea asal beliau mengenai pendidikan dalam konsep Islam dan Islamisasi pengetahuan kontemporari yang membawa kepada penubuhan Universiti Islam di beberapa negara Islam.

Beliau telah menubuhkan dua institut iaitu Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang bermatlamat mempertingkat ketajaman pemikiran intelektual Muslim.

Keluasan ilmu beliau terpancar pada Perpustakaan Syed Naquib al-Attas yang baru dinamakan di ISTAC, yang mengandungi karya authoritatif mengatasi mana-mana koleksi lain seumpamanya di Asia Tenggara.

Artikel Lain