suria

Pelajar UiTM Menang Pertandingan Cipta Logo Tahun Melawat Terengganu 2013

KUALA TERENGGANU: Pelajar jurusan Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Siti Nazira Abdul Rahman dipilih sebagai pemenang pertandingan mencipta logo Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013).

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata ketika mengumumkan perkara ini berkata logo berkenaan menepati syarat pertandingan iaitu perlu mengekalkan lambang penyu sebagai teras identiti Terengganu.

"Keputusan mesyuarat Exco hari ini telah memilih logo kreatif hasil karya Siti Nazira Abdul Rahman (sebagai pemenang)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini Rabu.

Siti Nazira,23, dari Kampung Pauh Kuala Berang, Hulu Terengganu akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 manakala empat penyertaan yang layak ke peringkat akhir, masing-masing akan menerima hadiah sagu hati bernilai RM1,000, katanya.

Pertandingan yang bermula Januari lalu sehingga 9 Mei lepas menerima sebanyak 130 penyertaan. - BERNAMA

Artikel Lain