suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

USM Jalin Kerjasama Bidang Fizik Perubatan Dengan Hospital Kanser Mount Miriam

GEORGE TOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) pada Jumaat menandatngani perjanjian kerjasama dengan Hospital Kanser Mount Miriam (MMCH) di sini bagi meningkatkan mutu pendidikan dalam bidang fizik perubatan.

Naib Canselor USM Prof Datuk Omar Osman berkata kerjasama itu dapat meningkatkan mutu perkhidmatan terutama kepada masyarakat dan melonjakkan perkhidmatan kesihatan menerusi penyelidikan latihan professional kepada pelajar.

"USM dan MMCH telah menjalinkan kerjasama secara tidak rasmi sejak 10 tahun lepas, dengan pihak hospital menyediakan tempat latihan industri selama enam bulan kepada pelajar-pelajar kita.

"Hari ini secara rasmi kita menjalinkan kerjasama dengan MMCH dan berharap jalinan selama tiga tahun ini mampu meningkatkan mutu pendidikan dalam bidang fizik perubatan," katanya kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) berkenaan di sini, Jumaat.

Pada majlis MoA itu, MMCH diwakili oleh pengerusi lembaganya Lau Beng Long.

Omar berkata kemudahan penyelidikan canggih yang terdapat di MMCH membolehkan pelajar menjalankan pengimejan berkelas dunia.

"USM menerusi MoA ini akan menawarkan pendidikan kepada staf MMCH yang akan melanjutkan pelajaran di bidang Sains Fizik di universiti ini," katanya.

Lau pula berkata selain menerima pelajar untuk membuat latihan industri, MMCG sedia menerima pelajar USM untuk membuat penyelidikan dan menggunakan kemudahan di hospital itu.

"Kami gembira dengan kerjasama ini dan berharap ia mampu meningkatkan pembangunan serta pengetahuan dalam bidang Fizik Perubatan kepada kedua-dua pihak," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain