UniMAP Hasilkan Inovasi Bahan Pateri Bebas Plumbum - Kampus | mStar

UniMAP Hasilkan Inovasi Bahan Pateri Bebas Plumbum

KANGAR: Kumpulan penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya menghasilkan inovasi bahan pateri baru yang mempunyai pelbagai kelebihan dan kebaikan untuk menyelesaikan masalah pematerian dalam industri elektronik.

Dengan mengadaptasikan teknologi komposit nano dalam pembuatan pateri, kumpulan penyelidik ini telah membuktikan bahawa ciri-ciri sambungan pateri dapat dipertingkatkan, berbeza dengan bahan pateri yang sedia ada di pasaran.

"Inovasi yang dikenali sebagai Pateri Komposit Hijau ini telah diuji di dalam industri pateri yang sebenar sokongan daripada Qulitek Solution, sebuah syarikat industri pengeluar bahan pateri antarabangsa," kata Pengerusi Rancangan Kejuruteraan Bahan, UniMAP Mohd Arif Anuar Mohd Salleh.

Beliau berkata antara ciri-ciri unggul pateri hijau ini adalah kekonduksian elektrik yang tinggi, ketahanan pengoksidaan yang tinggi, ringan dan sifat mekanikalnya yang tinggi.

"Dengan penghasilan bahan pateri bebas plumbum ini, Pateri Komposit Hijau berpotensi sebagai bahan pateri alternatif untuk diaplikasikan dalam penyambungan komponen-komponen elektrik dan elektronik," katanya kepada Bernama.

Mohd Arif berkata, kini pengguna sedunia lebih sedar dalam mengutamakan produk-produk mesra alam dan keadaan ini dijangka menggalakkan pembelian produk elektrik, elektronik, mikroelektronik yang tidak mengandungi bahan bahaya yang boleh memudaratkan kesihatan.

"Satu usaha paling agresif dalam menangani isu ini adalah hasil daripada usul yang telah dicadangkan oleh Arahan Sisa Elektrik dan Kelengkapan Elektronik Kesatuan Eropah (WEEE) iaitu mengharamkan penjualan, mengimport dan mengeksport barangan-barangan elektrik dan elektronik yang mengandungi bahan plumbum dalam kalangan negara-negara Kesatuan Eropah," katanya.

Mohd Arif berkata, pembangunan penyelidikan ini bermula pada awal tahun 2010 dan dianggotai lima orang penyelidik, turut mendapat kerjasama daripada Qualitek Solution dalam bidang pembungkusan, konsultasi serta penyelidikan lain yang berkaitan.

Semenjak projek pembangunan penyelidikan ini dilakukan, ia telah ditaja dan dibiayai oleh geran penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi melalui geran Skim Geran Penyelidik Asas (FRGS) sebanyak RM40,000 dan geran penyelidikan UniMAP bernilai RM11,000.

Mengenai perancangan untuk produk ini, beliau berkata kumpulan penyelidik serta universiti akan mengkomersialkan produk ini bagi membantu industri elektrik dan elektronik Malaysia.

Menurut Mohd Arif, kini produk ini telah mendapat paten filing dan masih dalam proses untuk mendapatkan pensijilan daripada SIRIM untuk kelulusan digunakan di Malaysia.

Produk ini juga akan dipamerkan di Pameran Teknologi Malaysia (MTE) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai Khamis ini hingga Sabtu ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

UMS Ingin Jadikan Sukan Pemangkin Kecemerlangan

Artikel Berikut

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?