suria

Kolej Uniti Mahu Buka Cawangan Di Kota Baru

PORT DICKSON: Kolej Uniti iaitu sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Negeri Sembilan akan membuka kampus cawangan pertamanya di Kota Baharu, Kelantan tahun ini.

Presidennya, Jamal Mohd Amin berkata antara 200 hingga 300 orang pelajar akan diambil untuk pengajian sesi pertama.

"Di Kota Baharu, kita menjangkakan mendapat tambahan 1,000 orang lagi pelajar menjadikan jumlah keseluruhan pelajar kita seramai 2,500 orang tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program perantis keusahawanan anjuran kolej berkenaan di sini Khamis.

Beliau berkata kolej itu juga merancang untuk membuka tiga lagi kampus cawangan iaitu di Kampung Baru, Kuala Lumpur; Serdang, Selangor dan Kuching, Sarawak secara berperingkat-peringat pada tahun 2013 dan 2014.

Ia yang ditubuhkan pada 1997 telah berjaya mengeluarkan hampir 4,000 graduan dalam pelbagai program pengajian. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain