suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Program Diploma Baru Ditawarkan Di Politeknik Sandakan

SANDAKAN: Politeknik Sandakan menawarkan dua program diploma baru bagi sesi Jun tahun ini.

Pengarah Politeknik Sandakan Mohd Hatta Zainal berkata Diploma itu ialah Diploma Agro Teknologi dan Diploma Akua Kultur di bawah Jabatan Agro Teknologi dan Bio Industri.

Beliau berkata sebelum ini, Politeknik Sandakan yang beroperasi sejak tahun 2008 di kampus sementara di Bandar Labuk Jaya dan kini berpindah ke Kampus tetapnya di Hub Pendidikan Sandakan, hanya menawarkan Diploma Pengurusan Pelancongan.

"Penawaran dua program baru itu selari dengan prasarana lengkap Politeknik Sandakan yang mempunyai kampus tetap di Hub Pendidikan Sandakan," katanya ketika berucap pada Majlis Pemberian Baucer Buku 1Malaysia kepada penuntut politeknik itu yang disempurnakan Anggota Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol, Sabtu.

Seramai 70 penuntut menerima baucer itu bagi membantu mereka membeli buku dan peralatan untuk pembelajaran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain