suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mara Terus Buka Pendaftaran Dalam Talian Sehingga 28 Februari

BESUT: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan membuka pendaftaran secara dalam talian sehingga 28 Februari ini untuk penuntutnya yang ingin kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka.

Pengerusi Mara Datuk Seri Idris Jusoh berkata sehingga pukul 2 petang Jumaat, seramai 616 penuntut telah mendaftar secara dalam talian untuk mendapatkan tiket penerbangan pulang ke Mesir.

Beliau berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 804 penuntut tajaan Mara yang memberikan maklum balas semula kepada pihaknya sejak 'Ops Piramid' membawa keluar penuntut Malaysia dari negara bergolak itu baru-baru ini.

Mara mengambil keputusan untuk membiayai kos perbelanjaan menghantar balik semua penuntut tajaannya itu ke Mesir dalam masa yang terdekat ini, katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Idris berkata hampir 80 peratus daripada penuntut Mara yang pulang itu merupakan pelajar perubatan. - BERNAMA

Artikel Lain