suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Tidak Mampu Boleh Mohon Bantuan Kerajaan Untuk Pulang Ke Mesir - Shahlan Ismail

JITRA: Pelajar yang tidak mampu menampung perbelanjaan pulang ke Mesir bagi meneruskan pengajian boleh memohon bantuan kerajaan, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail.

Beliau berkata permohonan boleh dibuat kepada agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA). Semua permohonan akan dipertimbang secepat mungkin kerana mereka perlu kembali ke sana sebelum 12 Mac, katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

Beliau turut meminta negeri-negeri yang belum membuat keputusan untuk membantu anak negeri masing-masing agar membuat keputusan segera. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain