suria

Kolokium Penyelidikan Pemasaran UMS Pelengkap Diri Penuntut

LABUAN: Bagi melengkapkan diri penuntut mengenai penyelidikan pemasaran sebuah Kolokium Penyelidikan Pemasaran 2010 (MARCOL) telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan baru-baru ini.

Menurut Professor Madya Dr Norazah Mohd Suki, penyelidikkan pemasaran mempunyai skop yang luas dan penuntut tidak sepatutnya menumpukan kepada buku semata-mata kerana bidang pemasaran bersifat konstruktif terutama bagi mempersiapkan para graduan kepada alam pekerjaan.

Katanya lagi, tujuan utama kolokium itu diadakan bagi memperlengkapkan diri penuntut dengan pengetahuan penyelidikan yang berguna dalam meningkatkan keyakinan diri mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

"Melalui seminar tersebut, para penuntut boleh terlibat secara langsung dalam senario nyata dari segi penyelidikan pemasaran dan mengambil seminar ini sebagai tapak permulaan mereka untuk meningkatkan pengetahuan yang diperlukan dalam pelaksanaan penyelidikan pemasaran.," katanya.

Dalam pada itu, Norazah berkata, melalui seminar ini penuntut boleh menyuarakan pendapat mereka melalui pelbagai topik berkaitan pemasaran seperti pembelian melalui talian, e-filing, e-kerajaan dan kegiatan aplikasi cetak rompak.

"Mereka bukan sahaja dapat berkongsi idea dan pendapat malah kemahiran komunikasi dan kepimpinan dikalangan penuntut dapat ditingkatkan," ujarnya.

Seminar yang disertai 102 penuntut itu turut menyaksikan 25 peserta melakukan pembentangan mengenai penelitian mereka mengenai bidang pemasaran yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Program yang dirasmikan oleh Norazah disertai oleh penuntut tahun akhir jurusan pemasaran antarabangsa universiti itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain