suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 IPTS Dibatalkan Pendaftaran, 9 Dibatalkan Kelulusan Penubuhan Sehingga Jun

KUALA LUMPUR: Sehingga Jun lepas, sebanyak 14 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah dibatalkan pendaftaran manakala sembilan lagi dikenakan tindakan pembatalan kelulusan penubuhan.

Timbalan Ketua Pengarah IPTS, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Prof Datin Dr Siti Hamisah Tapsir berkata bagi tempoh itu juga, sebanyak 19 kompaun berjumlah RM161,000 dikeluarkan terhadap IPTS, manakala tiga kes didakwa di mahkamah dan didenda sebanyak RM15,000.

Kebanyakan kes membabitkan kualiti IPTS dan juga penyalahgunaan pas oleh pelajar asing, katanya dalam satu kenyataan, di sini Khamis.

Beliau berkata bagi tempoh dua tahun ini, kementerian berkenaan telah mengenal pasti 141 IPTS untuk tindakan 'weeding out'.

Langkah itu bertujuan memastikan hanya IPTS yang berkualiti sahaja beroperasi di negara ini, katanya.

Selain itu katanya, kementerian tersebut juga melaksanakan beberapa langkah lain bagi menjamin kualiti IPTS termasuk mengadakan audit dan pemeriksaan khas. - BERNAMA

Artikel Lain