suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UM Sasar Jadi 100 Terbaik Dalam 5 Tahun

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) menubuhkan unit 'Bright Spark dan Pencarian Ikon Akademik' dalam usaha mencapai sasaran kedudukan antara 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh lima tahun.

Naib Canselornya, Prof Datuk Ghaouth Jasmon berkata unit itu bagi mengenal pasti calon yang cemerlang serta mempunyai Timbunan Purata Nilaian Gred (TPNG) melebihi 3.7 dalam Ijazah Sarjana bagi melanjutkan pengajian ke tahap ijazah kedoktoran (PhD).

Katanya, pelajar cemerlang itu juga akan diserap menjadi tenaga pengajar di universiti itu, katanya ketika berucap pada istiadat konvokesyen sesi kelapan UM di sini hari ini.

Penubuhan unit itu pula adalah untuk membawa masuk tokoh akademik ternama dunia untuk mengetuai penyelidikan berkualiti tinggi bersama dengan petugas dan pelajar di UM, katanya.

Menurut Ghaouth, sebanyak 1,475 artikel universiti itu tersenarai di dalam jurnal berindex Information Sciences Institute (ISI) pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding 2008.

Dalam jaringan kerjasama, katanya UM terus meningkatkan kerjasama dengan 169 buah institusi luar negara termasuk mengadakan program kerjasama penyelidikan dan program PhD bersama. KNAA LES DC

Artikel Sebelum

Artikel Lain